Sunday, May 16, 2010

Sebuah kisah yang menarik untuk dikongsi bersama. Semoga mendapat iktibar..

Suatu Hari.......
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masihmenyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padatsehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalandi depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebarberharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja."Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikantangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauhsambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihatpegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. HatiHarun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu""Aku baik je."

Tanpa senyum."Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah.""Oh ye ke?"

Nampaknya Jamal ragu."Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anaksudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat,kawan-kawannya pun sedang menunggu ""Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgtkau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi."Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampumerah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdustasedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun."Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kadpengenalan."Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk kedalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamalmenulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamalmengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal denganpenuh kecewa.Diturunkan tingkap sedikit saja."Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas.Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikanbersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota iniapa? Semacam gurauan atau apa?Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tanganJamal.------------ --------- --------- --------"

Harun...Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yangcantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia.Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah dipersimpangan ini.Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itubebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi.Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirianmenyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi.Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu.Aku kecewa teramat sgt.Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal------------ --------- --------- --------

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun,Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentusambil berharap kesalahannya dimaafkan.Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian oranglain.Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengertiperasaan orang lain dan bertimbangrasa.

KISAH HASAN AL-BASRI


Pada suatu hari, terjadi suatu peristiwa yang sangat membekas pada diri Hassan Al-Basri.Ditepi sungai Dajlah, Hassan Al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita. Di samping mereka terdapat sebotol arak. Hassan berkata, “Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau ia seperti aku!”


Tiba-tiba beliau melihat sebuah perahu di tengah sungai perlahan-lahan tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir mati kelemasan. Dia berhasil menyelamatkan enam daripada tujuh penumpang perahu itu, kemudian ia berpaling ke arah Hassan Al-Basri seraya berkata, “Jika engkau memang lebih mulia dari saya, maka dengan nama Allah, selamatkanlah seorang lagi yang belum sempat saya tolong.Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedangkan saya telah menyelamatkan enam orang.”


Namun sayang, Hassan Al Basri tidak berhasil menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata kepadanya, “Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan”.
Hassan Al-Basri terpegun, lalu ia berkata, “Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah pula saya dari tenggelam ke dalam kebanggaan dan kesombongan.” Orang itu menjawab, “Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan.” Semenjak hari itu, Hassan Al-Basri selalu merendahkan dirinya bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang paling hina.


Antara pengajaran dari kisah ini adalah:

1. Jangan berburuk sangka dengan orang lain serta memandang rendah padanya.

2. Apabila kita melihat orang lain membuat maksiat kepada Allah, jangan kita menghina orang itu serta cuba mencari keaibannya (dan jangan pula kita redha dengan perbuatannya), kerana mungkin orang itu jahil tentang perbuatannya itu sedangkan kita patut malu pada diri kita sendiri yang telah Allah kurniakan ilmu ini masih juga melakukan perkara-perkara yang Allah larang.


Dua perkara yang patut kita ingat tentang diri kita ialah:

1. Perbuatan baik orang pada kita

2. Perbuatan jahat kita pada orang lain.


Dua perkara yang patut kita lupakan ialah:

1. Kebaikan kita pada orang

2. Kejahatan orang pada kita

Wallahualam