Wednesday, February 8, 2012

13 Rekod Dunia Yang Dipegang Oleh Bahtera Nabi Nuh

Allah memerintahkan Nabi Nuh as. untuk membuat bahtera. Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh as mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pokok yang ia tanam selama 40 tahun. Melalui wahyu-Nya, Allah SWT membimbing Nuh membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Ini rekod dunia yang dipegang oleh Bahtera Nuh:

1. Bahtera Nuh Dipimpin Oleh Nahkoda Tertua Di Dunia (berusia 600 tahun).

Ibnu Abbas menceritakan Bahwa Nabi Nuh diutus pada kaumnya ketika berumur 480 tahun. Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad. Dia mengharungi banjir ketika berumur 600 tahun dan kemudian selepas banjir hidup selama 350 tahun.


2. Bahtera Nuh Merupakan Kapal Terbesar Di Dunia Yang Dibina Dari Kayu.

Ibnu Abbas menceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, lalu menjawab dia meninggal di saat usia muda kerana ketakutannya ketika banjir. Ia berkata bahawa panjang kapal Nuh adalah 1200 kubit dan lebarnya 600 kubit dan mempunyai 3 lapisan.

3. Bahtera Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia.

Allah membimbing Nuh membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Bahtera Nuh dianggap sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia.

4. Bahtera Nuh Merupakan Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia Yang Terbuat Dari Kayu.

Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pokok yang ditanam selama 40 tahun.

5. Bahtera Nuh Merupakan Kapal Pengangkutan Bertingkat Pertama Di Dunia (3 tingkat).

Panjang kapal Nuh adalah 1200 kubit dan lebarnya 600 kubit dan mempunyai 3 lapisan. Peringkat pertama diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan, peringkat kedua ditempatkan manusia manakal ditingkat ketiga untuk burung-burung.

6. Bahtera Nuh Merupakan Kapal Yang Belayar Tertinggi Dari Dasar Laut.

Menurut Al-Quran, bahtera Nuh telah mendarat di Bukit Judi. Ada pendapat yang menunjukkan suatu gunung di wilayah Kurdi atau tepatnya dibahagian selatan Armenia, ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, bukit tersebut terletak di wilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang oleh orang-orang Arab disebut sebagai Semenanjung Ibnu Umar (Tafsir al- mishbah).

7. Bahtera Nuh Adalah Kapal Anti Taufan Dan Banjir Pertama Di Dunia.

Allah membimbing Nuh membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir.

8. Bahtera Nuh Adalah Kapal Pertama Yang Berlayar Tanpa Kompas.

Setelah bahtera itu selesai, Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air tenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.

9. Bahtera Nuh Dinahkhoda Bukan Ahli Ilmu Kelautan Dan Perbintangan.

Nuh adalah seorang nabi yang diceritakan dalam Taurat, Injil, dan Al-Quran. Nuh diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM.

10. Bahtera Nuh Adalah Satu-Satunya Kapal Pengangkutan Dengan Penumpang Paling Sedikit Pertama Di Dunia.

Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pergunungan Ararat, ia kemudian membina sebuah kota di daerah Ararat (Qarda) disuatu kawasan yang termasuk Mesopotamia dan menamakan bandar tersebut Themanon (Kota lapan Puluh) kerana bandar tersebut dibina oleh orang yang beriman yang berjumlah 80 orang.

11. Bahtera Nuh Adalah Kapal Pengangkutan Yang Mengangkut Jenis Binatang Berpasangan Terbanyak Di Dunia.

40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Nabi Nuh mempunyai empat orang anak. Seorang daripada mereka bernama Kan’an . Dia durhaka kepada ayahnya dan tidak beriman kepada Allah. Kan'an mati ketika banjir dan taufan melanda bumi ketika itu kerana keengganannya mengikuti perintah ayahnya agar menaiki bahtera. Adapun tiga anaknya yang lain iaitu Sam , Ham dan Yafith terselamat kerana patuh kepada ayah mereka dan beriman kepada Allah. Penduduk bumi hari ini adalah keturunan dari tiga orang anak Nuh tersebut. Dan menurut riwayat Imam Ahmad: Dari Sam lahirlah orang Arab dan dari Ham lahirlah orang Habsyi dan dari Yafith lahirlah orang Rum. Wallahu A’lam.

12. Bahtera Nuh Satu-Satunya Kapal Yang Mendarat Di Gunung.

Berdasarkan foto yang dihasilkan dari gunung Ararat, menunjukkan sebuah perahu yang sangat besar dianggarkan memilik luas 7.546 kaki dengan panjang 500 kaki, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi dan masih ada tiga tingkat lagi atasnya.

13. Bahtera Nuh Adalah Kapal Yang Mengarungi Banjir Terlama Di Dunia.

Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air tenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut. Nuh menunggu hingga bumi benar-benar kering sebelum membuka pintu bahtera.

- terjemahan dari unikaneh.com

Sunday, January 22, 2012

TIPS IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan..
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan..
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata..
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata..
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran..
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Khasiat air kelapa

Penggunaan air kelapa telah dipratikkan semenjak dulu lagi kerana orang tua-tua sering memberi kelapa muda hijau ketika menderita demam atau campak. Kelapa merupakan buah yang berkait dengan mitos dan budaya malah dipanggil buah ajaib kerana perananya sangat penting dalam berbagai ritual keagamaan dan adat. Kelapa dipanggil pokok syurga kerana kelapa dipercayai dapat membawa kekuatan, kesihatan, umur yang panjang dan kedamaian. Selain itu, mineral yang terkandung dalam air kelapa mempunyai potensi besar untuk dikembangkan sebagai minuman isotonik untuk atlit dan pekerja buruh. 100 plus atau apa sahaja air isotonik berkarbonat adalah merosakkan sistem imunisasi tubuh kita.

Adakah kita pernah terfikir kenapa pulau yang kecil tumbuh pokok kelapa? Ramai pelayar zaman dahulu yang terkandas di pulau, hanya menjadikan kelapa sebagai makanan dan minuman asasi mereka untuk terus hidup. Maka, bukan sia-sia air kelapa ini tuhan jadikan.

Apakah kelebihan Air Kelapa Muda? Ia dianggap lebih berkhasiat berbanding susu lembu kerana kandungan lemaknya rendah dan ia tiada kolesterol. Ia lebih berkhasiat berbanding jus oren kerana kalorinya jauh lebih rendah. Ia juga lebih baik dari susu bayi yang diproses kerana ia mengandungi asid laurik yang wujud dalam susu ibu yang asli. Ia juga adalah penderma darah yang universal kerana sifatnya yang serupa dengan plasma darah manusia. Ia adalah minuman isotonik asli, tahapnya sama dengan apa yang ada dalam darah orang yang sihat. Air Kelapa Muda telah "menyelamatkan nyawa" ramai penduduk Dunia Ketiga melalui kaedah perubatan tradisional dan petua, tapi kita mungkin tidak perasan.

Tanda-tanda keracunan
muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, badan lemah dan gatal-gatal atau ditumbuhi bintik-bintik merah. Hanya minum air kelapa muda sebiji.

H1N1 dan selesema burung
Air kelapa muda dicampur dengan madu dan kurma

keracunan cendawan
air kelapa muda hendaklah dicampur dengan satu sudu makan madu asli. la juga amat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit dan melegakan kesan-kesan mabuk akibat keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.

Demam campak, demam kuning dan demam panas
Untuk demam panas, ia hendaklah dicampur dengan jus limau nipis.

Buang racun
Selain bekam, minum air kelapa muda boleh membuang racun dalam darah.

Ibu mengandung
Selain itu, kepercayaan dulu juga disarankan ibu yang sedang mengandung perlu kerap minum air kelapa muda. Air kelapa ini dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim dan memudahkan kelahiran bayi, menjadi bersih, tiada kurap dan sebagainya.

Colitis, luka, cirit-birit, disentri, dan buasir
Air kelapa juga dapat mengatasi kerosakan sistem saluran pecernaan seperti mengurangkan gas, mual, dan sakit perut.

Perubatan Sihir

1. Santau - diberi minum air kelapa muda sebiji dengan dicampur dengan madu. Diruqyah air kelapa kemudian tepuk pesakit dengan ayat tepuk sebagaimana dalam buku Ruqyah Asas 17 Mustaqim.

2. Ilmu Pengasih/Nasi Kangkang - Air kelapa ialah penawar ilmu pengasih yang mujarab. Diberi minum air kelapa muda sebiji sebanyak 3 kali sehari, jika ada simptom seperti panas badan, elok juga mandi dengan air kelapa tua. Baca selawat syifa, al-fatihah dan 3 qul sebelum minum.

3. Saka - Saka yang menyebabkan pemiliknya sakit terlantar, ubatnya air kelapa. Dimandi dengan air kelapa tua. Diruqyah dengan al-fatihah dan selawat tafrijiah dan di minum air kelapa muda yang dipanggang.

4. Sihir gatal - Air kelapa dicampur dengan seinci kunyit, sireh (ditumbuk) dan secalit kapur makan. Disapu ke badan yang gatal. Cara untuk minum pula, rebus secekak sireh dan sejukkan. Apabila sejuk tambahkan dengan air kelapa muda, minum 3x sehari selama seminggu atau hingga sembuh. Bacaan ruqyah untuk ditiup pada air kelapa tadi ialah selawat syifa 3x, al-fatihah 7x dan An-Nas 7x

Batuk Kering, Kencing Manis, Kecacingan dan gastrik
Air kelapa yang ditambah madu, Diminum pada waktu pagi sebelum mengambil makanan lain. dan diminum ketika hendak tidur,

Bagi pesakit kolera
Campuran jus jeruk nipis dan air kelapa cukup perkesan untuk penyembuhan.

Stress/maigrain
Mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.

Bibir Pecah Akibat Kepanasan
Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas.

Kurangkan Penyakit Darah Tinggi
Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu.

Melegakan Sakit Akibat Terkepit
Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan.

Jika Terminum Racun atau disengat ular
Minum air kelapa sebanyak yang boleh diselang seli dengan air zam-zam.

Senggugut
Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.

Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning
Kadangkala bayi yang bbaru dilahirkan kelihatan kekuningan. Rebus daun bunga raya dan daun sirih dengan air kelapa. Kemudian mandikan pada bayi.

Batu Karang
Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar kulit ini selama 15 minit. Ambil air dan isinya dan bancuhkan dengan tiga biji telur ayam kampung kemudian di minum.

Demam campak
Segera beri minum air kelapa yang muda.

Pantang
Bagi yang memiliki gangguan pada tulang, disarankan tidak mengambil air kelapa secara berlebihan