Sunday, October 10, 2010


ALOR SETAR, 10 Oktober: Kira-kira sepuluh orang yang mengaku Jawatankuasa Bertindak Membantah Kebaikan Tarif Air Negeri Kedah menyerahkan memorandum bantahan mengenai kenaikan harga air oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusinya, Abdullah Hashim kepada petugas pejabat Menteri Besar Kedah, Zulkifli Osman di Pekarangan Wisma Darul Aman, di sini.

Memorandum mendesak supaya Kerajaan Negeri Kedah menarik balik keputusan menaikkan tarif air di Negeri Kedah seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar kerana membebankan rakyat di mana kenaikan adalah jumlah yang besar dan memberikan kesan terhadap ekonomi isi rumah terutama golongan yang miskin.

Memorandum itu turut mendesak Menteri Besar Kedah supaya mendedahkan isi perjanjian antara Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikatakan telah dipersetujui dan ditandatangani oleh Menteri Besar.

Bagaimanapun kumpulan tersebut 'tidak terkata apa-apa' apabila diedarkan risalah yang dikeluarkan SADA menjelaskan bahawa, kenaikan untuk untuk 1 barel (tong drum) air hanya 2 sen. Harga air sebelum kenaikan hanya 8 sen satu barel menjadi 10 sen untuk satu barel (200 liter).


No comments:

Post a Comment